Followers

Friday, November 25, 2011

~10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang ~

pix tak de kene mengena dengan entri..:))


 1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita... 

 

 sumber :- http://l0llalici0us.blogspot.com 

~ saya dah tak boleh nak berBBM lagi ~

Assalamualaikum.....hari ni update blog berani mati sebab guna pc opis..hahaha....ade aku kisah?? berlagak plak pompuan ni..kang boss sergah dari belakang, tak cukup tanah nak lari...lalalalala....

nampak jer macam cool....dalam hati ni Tuhan aje yang tau...kalau boss nampak nie, mampus aku..."hey!! budak praktikal..aku suruh kau buat stori..bukan update belog..hahaha"...*itu hanyalah imaginasi si penulis...:))

kenapa tajuk entri aku?? lihat di bawah....:))





kejadian berlaku di surau Utusan Malaysia...aku memang suka cucuk jari sendiri bila nak pakai tudung...hahaha...

sakit nye Tuhan ajer yang tahu,,,nampak macam kecik jer, tapi berdenyut-denyut...tu yang sampai aku tak leh nak berBBM tu....hari tersebut aku taip bb guna tangan kanan jer...mula la taip lembap macam siput...huhu....

p/s:- dua kali tercucuk jari...rupa-rupanya ada benda tak elok yang nak jadi....:(

Thursday, November 24, 2011

entri pertama menggunakan belekberi :))

Yuuhhhuuuu...malam ni balik rumah awal..dekat opis ngantok sangat sampai terlelap depan pc..sampai dekat rumah, tak mau plak mata ni lelap..nak iron baju pon malas...

Maka aku pon,update la entri belog guna belekberi ni...fuuuyyyooooo,iera dah duna currrvvveeee 8520 la..hahaha..poyo nyer..aku pon tak percaya aku dah ade BB...

Sebelum ni,asek merengek je nak pakai BB..alhamdulillah...tercapai gak akhir nya..

Tapi tangan terkial2 lagi nak update belog guna BB ni...

Pas ni leh update blog guna BB lagi :))

P/s:- tuan tanah belog sangat teruja update blog guna BB..huhuhu...

Tuesday, November 15, 2011

~ moga ada rezeki untuk aku di sini ~



aku masih di opis....stori dah clear...tapi aku masih mengedit resume aku...nak hantar kat Utusan..kalau ada rezeki...aku nak terus kerja kat sini...

kenapa Utusan menjadi pilihan hati?? sebab buah hati aku ada kat situ...hahaha....itu lawak semata-mata...*mau kene pancung aku*..

aku berharap sangat dapat keje kat sini...sejak aku belajar kos journalism lagi aku memang dah bercita-cita nak jadi wartawan..dan sekarang ni, bila peluang dah ada depan mata, aku kena lah amek kan...lepas tu, bertawakal je lah sebab aku dah mencuba sebaik mungkin....

kalau ada rezeki aku kat Utusan, tiba lah masa aku untuk membalas jasa kedua ibu bapa aku...kahwin?? huhuhu.....lambat lagi kot...aku seronok dengan hidup aku sekarang...:))

so kepada pakwe-pakwe ku...harap bersabar yer...awek mu ini sedang menikmati erti pekerjaan....huhuhu....

*mengapakah si penulis menggandakan perkataan pakwe itu??? lu pikir lah sendiri..*:))

jadi aku berharap sangat dapat kerja terus dekat sini....doa kan aku yer...

p/s:- moga ada rezeki untuk aku di sini...:))

Monday, November 14, 2011

SELAMAT HARI JADI YANG KE-24

hepi besday to me...hepi besday to me...hepi besday to Mahirah...hepi besday to me..*sila nyanyi dengan irama yang betol kay*..:))

tapi kalau diikotkan, dah hepi belated besday lah kan...sekarang ni pun dah bulan 11, terang2 lah besday aku dah lepas...huhu..

ape yang best nyer besday aku tahun ni??errmmm....sedey : ))
sebab???? sebab tahun-tahun lepas besday aku, aku bersama family..tapi tahun ni aku keseorangan....dah lah aku off day..so duduk lah rumah sorang-sorang..kesedihan....*siap nangis lagi tau*

tapi bila pikir-pikir balik, tak payah nak sedih sangat lah kan...aku kan dah besoooo...huhu..dah 24  tahun dah...

dan kesedihan aku diubati dengan kedatangan binatang nie....
sila lihat bawah..lalala.....

 

aku sangat hepi dengan kedatangan dia....

p/s:- terima kasih kepada si pemberi....:))..saya sangat suka kan ia....

Rindu kesibukan ber-blogging


sekarang ni aku masih di ofis Utusan Malaysia...kat mana?? dekat Chan Sow Lin...huhu...rasa dah lama sangat aku tak up-date blog...

masih igt kah anda semua kepada aku?? rindu nye tyme cuti semester dulu..sebelum buat praktikal...sanggup bersengkang mata ni semata-mata nak update entri blog....punya lah berkobor-kobar berblogging, sehari sampai 3,4 entri aku buat...

tapi tu dulu...sekarang ni tak lagi..ada sebab musabab nape aku tak dapat nak aktif macam dulu...*ayat nak sedih jer*...blogger lain pon tak heran kalau aku tak update blog...kan?? kan?? baik ngaku cepat..huhu..

sebab aku tak dapat aktif berblogging:-

- laptop aku rosak..lalala....benda yang paling menyedihkan..:(
memang la dekat opis ade komputer, tapi sebagai budak praktikal, takkan lah aku nak update blog kat situ plak kan? lau boss nampak, teros die rejek aku untuk jadi staf...huhuhu..*doa kan aku jadi staff utusan yer*....amin...

- kepenatan yang amat sangat bila dah praktikal ni...bukan nak merungut, tapi itulah kenyataan nyer..tapi mengenangkan aku memang minat bidang ni, maka dengan itu, kepenatan tersebut dapat dihindar kan...:))

itulah antara sebab kenapa aku jarang update blog...lau line clear aku rajin gak blog-walking...tapi tu lah..nak mengomen nyer payah..takut kantoi....

p/s:- dua bulan dah praktikal kat Utusan Malaysia.....