Followers

Monday, January 9, 2012

~ INFO KESIHATAN- TONSIL ~

 adakah anda semua masih ingat akan entri ~ INFO KESIHATAN PERTAMA ~ yang aku buat? kalau belum baca lagi, boleh lah klik di tulisan biru tu yer...dan pagi ni aku masih nak berkongsi info kesihatan dengan kalian semua...dan kali ni, aku nak berkongsi pasal tonsil..


kenapa tonsil? sebab aku mengalaminya...aku rasa ramai antara kita yang mengalaminya..cuma sama ada kita sedar atau tidak jer...aku tau aku ade tonsil sejak aku tahu aku ada tiroid..tapi pasal tonsil ni aku tak hirau kan sangat sebab bagi aku tak berapa nak bahaya kottttt....tapi sebab perasaan kottt aku tu lah..sesuatu telah berlaku...

suatu hari...
aku:- doc..saya muntah dari pukul 6 pagi tadi...


doc:- owhhh...dah kahwin? bila last awak datang period?


aku:- belom kahwin lagi doc..bulan lepas saya datang...*mesti doc tu igt aku........*


doc:- ok..pergi baring..saya nak check perut awak...awak gastrik ni..jangan makan pedas-pedas lagi yer...

aku:-beshhh nyer dapat baring......doc..saya muntah berdarah..


doc:- haaaaa?? kenapa berdarah?/

aku:- saya tak pasti doc ...ke kene mengena dengan TIROID 

doc:- bukak mulut...saya nak tengok tekak awak...

aku:- *nganga tak hengat ni*

doc:- owhh...tonsil awak teruk lah..tapi saya tak boleh bagi antibiotik dekat awak sebab takut efek TIROID awak...

aku:-baik lah doc...*sedey*




apa itu tonsil?? 




Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Gejala tonsil ialah :-
  • sakit tekak yang kadang kala teruk
  • sakit apabila menelan
  • demam
  • sakit kepala dan sakit-sakit badan
  • suara garau dan hilang suara
  • bengkak pada leher

 p/s :- kalian tahu tak macam mana nak hilang kan tonsil ni? aku tak nak operate..dah lah ade TIROID...:((

1 comment:

  1. moral of the story jgn minum coke bnyk sgt ye. ;)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.