Followers

Wednesday, August 5, 2015

Siapa Yang Mengandung Ni? Incik Suami Ke Aku? *Konfius*

mana aku? tuuu...kat dalam bilik tu..
cuak jumpa doktor..:p


bila da tau mengandung...kena lah buat buku merah...bukan buku merah jangan lupa bawak, moga-moga belum tamat tempoh tu tau..tu passport...hahahaha...ni buku merah untuk ibu hamil...

mula-mula menapak dalam Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Pasar Besar Gombak, aku tetiba rasa sakit..haha..serius aku kurang suka masuk klinik dan hospital..sebab aku macam fobia lepas kene operat tyroid tahun 2012 dulu...seriau weii...

maka Incik Suami (IS) la yang bertanya kat kaunter tu...aku ngekor kat belakang dia jer..haha..

IS : Cik, cam mana nak buat buku merah yer?

Nurse : da buat pregnancy test?

IS : dah dah...yang letak air kencing, pastu keluar dua line tu kan?

Nurse : haaaa..yang tu laaa..bila hari pertama last period?

IS : 11 hari bulan 12, 2014.

Nurse: haaaa...jap..sape yang mengandung ni? ko ke dia? (tunjuk kat aku) 

hahahahaha....lawak la wei...beriya IS jawab semua..aku diam jer...

Nanti kat buku merah ni akan ade stiker..macam aku, aku dapat stiker hijau...yeaaahh...hijau bermaksud?? baca kat bawah naaaa....



Kod Putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin dimana-mana pusat bersalin termasuk di rumah sendri

Kod Hijau dengan risiko tertentu seperti si ibu mempunyai RH negetif , berat badan ibu kurang dari 45 sebelum mengandung, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu. 

Kod Kuning untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital , hb kurang dari 9.5gm% dll. Dimana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga / O & G .

Kod Merah bagi ibu hamil yang berisiko seperti menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, preeklampsia kontraksi rahim pra matang dll yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika berlaku sebarang masalah dipihak ibu atau kandungan.

Bila da dapat buku ni..maka bermula la fasa ke KKIA setiap bulan..bila da masuk 30 minggu ni kena pergi 2 minggu sekali...da masuk 36 minggu, seminggu sekali plak sehingga la selamat melahirkan...semoga Allah permudahlan urusan aku...aminnn....

p/s : mujo MZ tak mengidam pelik-pelik tyme mengandung...alhamdulillah...

2 comments:

  1. Wife pregnant 5 weeks dah buat buku merah 17/9 dapat sticker hijau jugsk. Berat badan kurang

    ReplyDelete
  2. Wife pregnant 5 weeks dah buat buku merah 17/9 dapat sticker hijau jugsk. Berat badan kurang

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.